Thursday, June 21, 2007

Dengan siapa kamu duduk.

Sekadar renungan ...

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

  1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.

  2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.

  3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.

  4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.

  5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akanditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.

  6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

  7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.

  8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya

fikirkanlah ... wallahu a'lam ...

Saturday, June 16, 2007

HAPPY FATHER'S DAY

Saya ingin mengucapkan HAPPY FATHER'S DAY kepada semua bapa,abah,ayah,abi,baba,papa,daddy,dad,apa diseluruh dunia yang menyambutnya pada 17 Jun 2007.
Semoga bapa-bapa semua gembira dan bahagia disamping keluarga tercinta dan dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab dan disiplin.
Ambillah pengajaran daripada peristiwa yang berlaku samada baik atau buruk untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
Bagi bapa-bapa yang berminat untuk mengetahui tentang bisnes internet sila lawat laman www.wangcyber.com semoga anda dapat menambahkan pendapatan untuk menyara keluarga masing-masing.
Jangan sia-siakan gelaran BAPA yang anda perolehi dengan melakukan perkara-perkara buruk.TQ

SMART

Assalamualaikum semua,hari ini saya nak cakap pasal satu perkataan iaitu "SMART".
Ramai orang yang tahu makna SMART ni.Perkataan ini ramai orang suka sebab ia bermaksud bijak,menarik,segak,cantik,bergaya,bestari dan lain-lain lagi ,yang menunjukkan sesuatu benda atau orang yang menggunakan perkataan tersebut adalah sesuatu yang baik atau bagus.
Saya nak kaitkan perkataan SMART ini dengan 2 perkara yang berlaku dan diperkatakan orang buat masa sekarang dan ada kaitan dengan saya jugak secara tak langsung.
Pertama TEROWONG SMART @ SMART TUNNEL di KL yang baru beroperasi yang bertujuan untuk mengatasi masalah banjir di KL atau menyalurkan air ke kolam takungan air dan untuk laluan kenderaan.Projek ini nampak menarik dan bagus hingga ada program di Discovery Channel tetang projek ini.Saya pun baru melalui terowong ini sehari sebelum banjir di KL hari itu.
Tapi bila ada bencana banjir di KL baru-baru ini projek ini jadi macam dah tak SMART.Ramai orang cakap membazir dan tidak menepati matlamat projek ini dibuat.Selepas ini kena tol RM2 pulak lagi orang bengang.
Keduanya SMART TAG yang sejak semalam dipromosikan dijual pada harga diskaun 50% dari harga asal.Tapi kaedahnya bagi saya tak berapa elok sebab nampak pihak yang buat promosi tak bersedia awal.Saya pergi nak beli di Tol Jalan Duta pada pukul 10 pagi orang dah beratur panjang kemudian habis pulak.Lepas tu saya pergi ke Tol Subang staf di situ cakap tak ada pulak.Pada pukul 4 saya berkejar ke Tol Sg. Buloh pulak sebab staf di Tol Subang cakap mula dijual disana pukul 4 ptg.Tapi bila sampai sana orang ramai dengan kaunter yang satu dan polis ada berkawal pulak sebab mengganggu lalu-lintas kerana banyak kereta parking di tengah jalan.Jadi saya pun tak jadi beli sebab terlampu ramai orang dengan hujan pulak.Bengang sebab terpaksa bayar tol di 3 tempat Jln Duta,Subang & Sg. Buloh tapi hajat tak tercapai jugak.
Persolannya kenapa pihak yang terlibat tak bersedia awal-awal untuk menghadapi semua ini?
Siapa yang SMART ?

Thursday, June 14, 2007

SYUKUR BUKAN HANYA PENGAKUAN LIDAH

Oleh Kapten Mohd Abdul Wahab Abdullah

SUDAH menjadi lumrah ciptaan Allah, setiap manusia dijadikan tidak akan terlepas daripada menerima ujian walau pada saat mana sekali pun tanpa mengira tempat. Bentuk ujian diberi Allah ternyata berbeza di antara satu sama lain. Ada manusia diuji dengan musibah dan kesusahan seperti rakan kita yang dilanda tsunami dan ancaman gunung berapi. Pada masa sama, ada di kalangan kita yang diuji dengan kemewahan dan hidup bersenang-lenang.
Kedua-dua bentuk ujian ini menuntut manusia untuk bersabar dan bersyukur. Sekiranya manusia ingkar untuk bersabar dan bersyukur, Allah mencabar golongan ini melalui sebuah Hadis Qudsi yang bermaksud: “Sekiranya Aku menguji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan sekiranya Aku menguji kamu dengan kenikmatan, kamu tidak mahu bersyukur, maka keluarlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah kamu mencari tuhan yang lain.”Pada hakikatnya, apa saja pergolakan dan perubahan berlaku dalam hidup manusia ini tidak akan terlepas daripada dua bentuk ujian iaitu kesusahan dan kenikmatan. Sekali pandang, antara kedua-dua bentuk ujian ini, kita melihat bersabar itu lebih menuntut pengorbanan jika dibandingkan dengan bersyukur. Lazimnya manusia yang ditimpa musibah akan melalui kesusahan, keresahan, tekanan, penderitaan emosi dan jiwa bergelora. Sementara, bersyukur itu nampaknya mudah untuk dilaksanakan berbanding dengan bersabar kerana lazimnya manusia yang dilimpahi dengan kenikmatan dan kesenangan tidak mengalami tekanan dan penderitaan.Apabila kita menyelak helaian al-Quran, ternyata andaian kita kurang tepat kerana Allah berfirman di dalam surah As-Saba’ ayat 13 yang bermaksud: “Hanya sedikit dari kalangan hamba Ku yang bersyukur”. Kenyataan Allah ini sebenarnya memberi jawapan kepada kita bahawa bersyukur itu lebih sukar dibandingkan dengan bersabar.Bersyukur bukan semudah melafazkan ‘Alhamdulillah’ tetapi, setiap manusia yang dilimpahi nikmat bertanggungjawab untuk merealisasikan kesyukuran itu dalam semua aspek kehidupan yang meliputi setiap sendi anggota tubuhnya. Selain lidahnya tidak putus-putus melafazkan kalimah ‘Alhamdulillah’, hatinya juga perlu memperakui bahawa segala nikmat diterima itu adalah daripada Allah dan Allah boleh menarik balik nikmat itu pada bila-bila masa saja tanpa sebarang amaran.Tanpa kesedaran hati, lafaz dilakukan oleh lidah itu tidak memberi kesan apa-apa, bahkan ‘seolah-olah’ mempersendakan nikmat yang diterima itu. Rasa bersyukur itu tidak terhenti setakat pengakuan lidah dan hati saja bahkan seluruh kekuatan fizikal dan material yang ada perlu dibuktikan agar kesyukuran itu benar-benar terjelma.Allah memberi kekayaan material, maka manusia perlu mensyukurinya dengan berbelanja pada jalan yang diredai Allah di samping membantu golongan lain yang tidak bernasib baik. Allah mengurniakan kesihatan dan kekuatan fizikal, maka ia perlu dijelmakan dengan pelaksanaan ibadat fizikal di samping mengorbankan tenaga yang ada untuk jalan kebaktian.Tahap kesyukuran ini perlu dilalui setiap manusia yang menerima kurniaan daripada Allah, tanpa menyandarkan segala kesenangan, kemewahan, kesihatan dan sebagainya itu sebagai milik dan usaha sendiri. Justeru, pentingnya manusia memahami betapa sukarnya untuk bersyukur ini, maka Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: “Sekiranya kamu bersyukur di atas segala nikmat yang telah Aku kurniakan, nescaya Aku akan menambah lagi nikmat Ku itu. Sebaliknya andai kata engkau kufur terhadap nikmat Ku, ingatlah sesungguhnya seksaan Ku teramatlah pedih.” Sekiranya kita meninjau tuntutan untuk melaksanakan sabar itu, tidaklah sehebat tuntutan yang diperlukan ketika bersyukur. Lazimnya manusia yang ditimpa musibah memilih bersabar kerana mereka tidak mempunyai banyak pilihan sama ada untuk pasrah dan bersabar di atas ketentuan Allah yang menimpa mereka atau mencabar keadilan Allah. Selagi manusia mempunyai iman di dalam hati, tidak mungkin mereka menafikan keadilan Allah yang memberi musibah dan kesusahan kepada mereka. Ternyata untuk melaksanakan syukur tidak semudah yang disangka, dan untuk melaksanakan sabar tidak sepayah yang diduga. Selagi manusia memilih untuk taat pada perintah Allah, mereka pasti mampu untuk mengimbangi tuntutan syukur dan sabar ini di dalam diri mereka.
Penulis adalah Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera

Wednesday, June 13, 2007

MULA KERJA

Hari ni start kerja balik lepas 2 hari cuti,anak2 pun dah pergi sekolah hari ini.Mama dia je belum pasti pergi sebab masih sakit mata.

Aku kemaskan semua dokumen dan resit-resit untuk dihantar kepada customer dan buat promosi di kilang hari ini.

Mengadap komputer pagi-pagi ini nak upadate apa-apa yang perlu.

Tuesday, June 12, 2007

CUTI

Sudah 2 hari tak kerja sebab sakit mata.Satu family duduk di rumah sebab semua kena sakit mata.
Harap-harap esok will be ok.Dua hari cuti ini aku mengadap komputer belajar tentang nak buat blog dan lama web.Thank you to www.blog.smartusaha.com banyak aku belajar dari dia.
Antara laman web lain yang aku banyak refer seperti www.nurashikin.com dan banyak lagi.

Thank you to you all sebab aku dapat ilmu nak buat laman web.

Monday, June 11, 2007

PERGI CHIANGMAI





Lepas pergi KL Sentral singgah di Restoran De Chiangmai di Sg. Buloh.Walaupun dah pukul 4ptg tapi order nasi lagi sebab lapar sangat.Tak da orang lain kecuali kami sekeluarga.Bagus la sebab tengah sakit mata ni,nanti berjangkit pulak kat orang lain.Tempat ini memang cantik dan masakannya ok la.



SAKIT MATA

Hari ini satu family kena sakit mata.start dengan Danish pada hari Jumaat kemudian Nani & Naufal.Hari Ahad aku kena pulak ,hari isnin kedua mata kena.All grounded.Tapi lepas zohor keluar jugak pergi KL Sentral sebab ada urusan pejabat,terpaksa pergi jugak walaupun sakit mata.

Friday, June 8, 2007

PERJALANAN KE ROMPIN




Pada 2hb Jun 07 lalu satu keluarga pergi rombongan kahwin anum di Rompin.Bertolak dari rumah pukul 8pg dengan Rosmaini ke rumah Kak Ina di Shah Alam.Kemudian terus ke highway PLUS ke Senawang.Lalu Bukit Putus,ni first time ikut jalan ini,macam jalan ke Cameron Highland,perjalanan memang jauh ikut 3 negeri,sampai rumah pengantin di Kuala Rompin lebih kurang pukul 12 t/hari.


Lepas makan pergi chalet tak jauh dengan rumah pengantin.Tempat cantik tepi laut,budak2 memang suka sebab boleh main pasir.


Esok pagi lepas breakfast, pergi mandi laut kemudian terus bersiap nak bertolak balik KL.Tapi kali ni balik ikut Alor Gajah sampai KL pukul 8.30 malam tu pun jam dekat Seremban.


Thursday, June 7, 2007

ANAK-ANAK

ANAK PERTAMA AKU IALAH MUHAMMAD DANISH .DIA BERUMUR BERUMUR 8 TAHUN SEKARANG. BERSEKOLAH DARJAH 2.SEORANG YANG BAIK,HENSEM DAN BERTERUS-TERANG.

SUKA TENGOK DISCOVERY REAL TIME,PLAY HOUSE DISNEY CHANNEL DAN SUKA JALAN-JALAN.

RAPAT DENGAN TOK AYAH DIA.

ANAK KEDUA IALAH MUHAMMAD NAUFAL.BERUMUR 5 TAHUN MASIH DITADIKA.SEORANG YANG AKTIF. SUKA CAKAP BAHASA INGGERIS.

SUKA TENGOK PLAY HOUSE DISNEY CHANNEL,SPIDERMAN DAN SUKA BELI TOYS.

RAPAT DENGAN MAMA DIA

SATU TITIK PERMULAAN

Assalamualaikum,Ini adalah permulaan untuk satu perjalanan yang panjang.
Tujuan blog ini adalah untuk merekodkan perjalanan hidup di alam cyber semoga dapat dibaca dan diikuti oleh semua yang berminat.

Sekian.Terimakasih

CARA BARU

Hari ini aku berjaya membuat satu blog untuk keluarga.Masih baru dalam dunia cyber ini dan masih banyak yang perlu dipelajari untuk menggunakan blog dan teknik-teknik lain.

Sekarang sudah pukul 12.43 malam,masih mengadap komputer dan masih belajar teknik nak guna blog ini.

Al-Quran

Hadis